Manchester: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini menegaskan kehadiran penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero cukup penting selepas pemain itu meledak hatrik ketika mencatat kemenangan 4-2 ke atas Watford pada pusingan keempat Piala FA.
Aguero mengumpul enam gol dalam empat perlawanan sejak kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan betis dengan membantu City bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengatasi kelab Liga Kejuaraan semalam bagi menempah tempat ke pusingan kelima.
Selepas mengesahkan tempat ke final Piala Liga dan pusingan kedua menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara, City kini berada di landasan terbaik untuk memenangi empat gelaran dalam musim pertama Pellegrini bersama kelab.
Dan dengan Aguero sudah menjaringkan 25 gol dalam 24 perlawanan di kesemua kejohanan, terbukti bahawa penyerang yang berada di puncak prestasi itu menjadi tonggak kejayaan City.
“Sergio seorang pemain terbaik, dia sangat penting buat kami,” kata Pellegrini yang kini menyaksikan pasukannya menduduki tangga kedua Liga Perdana.
“Pada awalnya saya tidak mahu dia bermain selama 90 minit kerana dia sudah bermain selama 30, 45, 60 dan idea asal dia hanya bermain 60 atau 70 minit.
Tapi dia terpaksa bermain sepanjang perlawanan itu.
Kehadirannya memberikan banyak perbezaan.” Mengenai peluang City untuk merangkul empat trofi, Pellegrini menambah: “Ia soalan sama ditanya oleh media setiap minggu.
Kehadirannya memberikan banyak perbezaan.” Mengenai peluang City untuk merangkul empat trofi, Pellegrini menambah: “Ia soalan sama ditanya oleh media setiap minggu.
Saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.
“Saya pasti jika kami bermain seperti pada babak pertama, ia mustahil.
Jika kami bermain seperti babak kedua, mungkin kami boleh meneruskan saingan dalam semua kejohanan.
“Kami tidak fikir mengenai perkara itu lagi.
Kami mempunyai perlawanan dalam Piala Liga dan kemudian Piala FA.
Sekarang kami akan mengharungi empat perlawanan Liga Perdana dan kami akan terus berusaha untuk menang setiap perlawanan.” - AFP
Kami mempunyai perlawanan dalam Piala Liga dan kemudian Piala FA.
Sekarang kami akan mengharungi empat perlawanan Liga Perdana dan kami akan terus berusaha untuk menang setiap perlawanan.” - AFP
Hmetro.com.my