Saturday, 25 January 2014

' Ramuan Rahsia ' Pikat FIFA

Kelana Jaya: Idea empat negara untuk menjadi tuan rumah mungkin sukar namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap menaruh harapan tinggi agar misi untuk membida Piala Dunia 2034 dapat direalisasikan.

Mengikut cadangan awal Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kelmarin membayangkan kemungkinan empat negara ASEAN akan menganjurkan kejohanan itu jika bidaan berjaya.

Namun badan induk bola sepak antarabangsa FIFA sebelum ini menyatakan mereka tidak berminat dengan penganjuran bersama selepas kali pertama dan terakhir diadakan di Jepun dan Korea Selatan pada 2002.
Bagaimanapun, bagi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) percaya usaha itu boleh dilaksanakan jika mereka mempunyai alasan kukuh untuk menarik minat FIFA dalam bidaan itu nanti.

“Itu pandangan menteri (mengenai empat negara sebagai tuan rumah), tapi kalau alasan kita kuat mungkin FIFA akan bagi dan mungkin, tak bagi. Ini membabitkan ASEAN dan bagi FAM, bidaan ini belum tentu dapat, tapi kalau dapat ia bagus untuk ASEAN.

“Jika lihat sekarang, memang sukar untuk menyaksikan negara ASEAN layak beraksi di Piala Dunia tapi dengan cara ini rakyat di rantau sebelah sini juga akan dapat merasai suasana pertandingan, jualan barangan Piala Dunia dan yang penting, kepuasan peminat,” katanya ketika ditemui semalam.
Khairy dalam laporan Arena Metro semalam, mengesahkan Malaysia secara prinsipnya bersetuju untuk menyertai bidaan bersama bagi menganjurkan pusingan akhir Piala Dunia 2034 dengan sembilan lagi negara di bawah Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

Menurutnya, pihaknya juga sedang menunggu lampu hijau dari negara ASEAN lain untuk melakukan kajian sebelum membuat bidaan.
Menurut Hamidin, soal kos penganjuran yang besar mungkin tidak terlalu membebankan kerana Malaysia serta negara di rantau ini memiliki infrastruktur seperti stadium bertaraf dunia.

Cuma apa yang perlu diberikan lebih penekanan adalah taraf bola sepak negara Asia Tenggara yang perlu dipertingkatkan.

“Memang negara tuan rumah Piala Dunia akan membina beberapa stadium baru tapi mereka juga akan mendapat mendapat sedikit peruntukan daripada FIFA. Pembinaan stadium bukan masalah besar kerana kalau kita ada 10 negara jadi kita sudah ada 10 stadium. Kita memiliki Stadium Nasional Bukit Jalil yang bagus, sama seperti di Thailand dan Vietnam. “Tapi ini bidaan bersama ASEAN, jadi kita tunggu jawapan mereka,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets