LONDON 25 Jan. - Lukas Podolski menjaringkan dua gol untuk membantu Arsenal melangkah ke pusingan kelima Piala FA selepas membelasah kelab divisyen tiga, Coventry 4-0 di Emirates, sebentar tadi.
Podolski membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-15, sebelum menambah gol kedua, 12 minit kemudian.
Dua lagi gol Arsenal disempurnakan oleh penyerang Perancis, Olivier Giroud pada minit ke-84, diikuti jaringan Santi Cazorla, seminit sebelum tamat perlawanan. - AFP
Keputusan Piala FA (pusingan keempat)
Nottingham Forest 0 Preston North End 0
Arsenal 4 Coventry City 0
Utusan.com.my