Tuesday, 28 January 2014

Kreativiti Messi Bantu Barcalona



MESSI (dua dari kiri) sentiasa menjadi duri dalam daging buat pertahanan lawan. Jika dia gagal menjaringkan gol, hantarannya akan menghasilkan gol seperti yang dipamerkan ketika Barcelona menewaskan Malaga 3-0, kelmarin.



MADRID - Jurulatih Barcelona, Gerardo Martino menyifatkan kreativiti Lionel Messi dalam membuat hantaran merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan 3-0 kelab itu ke atas Malaga, kelmarin.

Katanya, tanpa Messi jentera serangan Barcelona seperti tidak bermaya selepas menyaksikan pemain itu menjadi penggerak kepada dua gol yang dijaringkan Pedro Rodriguez dan Alexis Sanchez.
Terdahulu, Gerard Pique meletakkan Barcelona lebih dulu di depan dalam aksi di Camp Nou itu.
"Walaupun dia (Messi) sudah lama tidak menjaringkan gol tetapi sentuhannya lebih menyinar ketika ini.
"Kawalan bola dan hantarannya sukar untuk dipuji dengan kata-kata. Dia mampu melakukan apa sahaja apabila bola berada di kakinya.
"Ini termasuk menarik ramai pemain lawan kepadanya sebelum memberi ruang selesa untuk pemain lain menjaringkan gol," kata Martino.
Justeru, pengendali dari Argentina itu tidak kisah jika Messi terus kemarau jaringan memandangkan dia juga mampu mencipta peluang untuk rakan sepasukan lain.
Kemenangan kelmarin membantu Barcelona kembali ke puncak liga bersama-sama Atletico Madrid yang turut mencatat kemenangan. - AFP 
Kosmo.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets