Saturday, 25 January 2014

Pemain Tak Tergugat

Madrid: Barcelona akan melupakan kemelut di luar gelanggang untuk kekal di puncak La Liga Sepanyol dengan rekod 59 pusingan berturut-turut apabila mereka menanti kunjungan Malaga, awal pagi Isnin ini.

Juara Sepanyol itu berdepan masalah minggu ini apabila presiden Sandro Rosell meletakkan jawatan awal pagi semalam selepas hakim mahkamah bersetuju mendengar kes mendakwanya kerana tuduhan salah laku penggunaan dana ketika membeli bintang Brazil, Neymar tahun lalu.

Bagaimanapun, jurulatih Gerardo Martino menafikan tanggapan kekecohan dalam kalangan lembaga pengarah kelab itu akan menggugat tumpuan pemainnya.
“Ia bukannya sesuatu yang menjejaskan pemain mahupun jurulatih,” katanya.

Neymar tidak boleh diturunkan kerana dia masih memulihkan diri daripada kecederaan buku lali.

Ada berita baik buat kelab Catalunya itu pada pertengahan minggu apabila mereka hampir memastikan tempat ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol dengan kemenangan 4-1 ke atas Levante pada suku akhir pertama berikutan hatrik Cristian Tello.
Bintang sebenar perlawanan itu bagaimanapun adalah Lionel Messi yang kembali mempamerkan prestasi terbaiknya dengan tiga hantaran menjurus kepada gol Tello pada babak kedua.

“Dia boleh mengubah mana-mana perlawanan. Dia boleh menembusi mana-mana benteng pertahanan yang kuat sekalipun,” jelas Martino.
“Dia tidak menjaringkan gol, tapi dia mencipta tiga gol dan dia bermain untuk pasukan.” Ketika Barca turun padang di Nou Camp awal pagi Isnin ini mereka mungkin merudum ke tangga ketiga.

Dua keputusan seri berturut-turut buat pendahulu bersama Barcelona dan Atletico Madrid membolehkan Real Madrid merapatkan jurang kepada hanya satu mata. Real bertemu pasukan pertengahan Granada malam ini. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets