Sunday, 26 January 2014

Saya Cuma Beri Pandangan

KUALA LUMPUR - "Saya cuma beri pandangan saya,".

Itu kata jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ketika diminta mengulas berhubung tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu menyiasat kenyataannya selepas perlawanan Selasa lalu.
Pada perlawanan pusingan pertama Piala FA, ATM menentang Sime Darby pada Selasa lalu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sathianathan menyifatkan pengadil, Suhaimi Mat Hassan, terlalu banyak melakukan kesilapan.
Kata Sathianathan dia kini akur dengan segala arahan FAM termasuk akan hadir jika dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu.
"Biar FAM buat kerja mereka tetapi apa yang saya katakan ketika perlawanan itu hanya pandangan saya sahaja.
"FAM ada hak untuk menyiasat perkara ini dan saya terima apa yang dikatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak untuk menyiasat perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, semalam.
Selain Sathianathan, turut akan disiasat oleh FAM ialah jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria.
Kenyataan yang dilemparkan Ismail berpunca atas rasa tidak puas hati dengan tindakan pengadil memberikan penalti kepada Kelantan yang menjadi punca kemenangan lawan dalam saingan Liga Super dengan keputusan 2-1 di Kota Bharu, 18 Januari lepas.
Kelmarin, Taufek Abdul Razak memberitahu beliau telah mengarahkan Jabatan Undang-Undang untuk menyemak segala apa yang diperkatakan oleh Sathianathan dan Ismail dan sekiranya terdapat kes, kemungkinan mereka berdua bakal dirujuk Kod Tatatertib di bawah Perkara 18.
Jika disabitkan dengan sebarang kesalahan, kemungkinan Sathianathan atau Ismail boleh dikenakan penggantungan sekurang-kurangnya empat perlawanan dan paling maksimum, selama dua tahun.
Meskipun dalam pindaan Artikel 88, Taufek tidak menafikan ketua jurulatih dibenarkan untuk bercakap namun masih terhad kepada kata-kata yang berbentuk pendapat dan bukannya sebarang kritikan yang boleh dianggap menghina badan induk bola sepak negara.
utusan.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets