Milan: Penjaga gol, Gianluigi Buffon (gambar kecil) diperintahkan keluar padang ketika menyaksikan Juventus tercicir mata buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu, selepas sekadar seri 1-1 dengan Lazio, awal pagi semalam.
Skuad bimbingan Antoni Conte itu masih kekal di tangga teratas Serie A tetapi bakal menyaksikan kelebihan mereka ke atas penghuni kedua, AS Roma dirapatkan dengan jurang enam mata saja jika pasukan dengan jolokan Giallorossi itu menewaskan Verona dalam perlawanan awal pagi tadi. Mentaliti baik
“Kami mencari kemenangan sama ada dibarisi pasukan terkuat atau sebaliknya. Mentaliti untuk mencapai kemenangan masih kekal dengan insiden malang yang menimpa penjaga gol kami apabila diperintah keluar padang.
“Saya gembira dengan reaksi pasukan, berdepan situasi seperti ini mampu membentuk perwatakan mereka menjadi lebih matang tidak hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai lelaki,” kata Conte.
Pasukan pelawat ketinggalan 0-1 hasil jaringan Antonio Candreva yang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-27, sebelum Fernando Llorente menyamakan kedudukan buat Juventus minit ke-60. - AFP
Utusan.com.my