Saturday, 25 January 2014

Ronadinho Aibkan ATM

Kuala Lumpur: Jaringan tunggal ayam tambatan PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh pada babak kedua sudah cukup untuk memastikan tiga mata diraih apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 1-0.

Gol itu bagaikan menebus kesilapan penyerang dari Liberia itu yang sebelum itu mensia-siakan beberapa peluang terhidang sejak dari awal perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Larian bertenaga Ronaldinho ketika mengatasi pertahanan ATM membuahkan hasil apabila mudah mengatasi penjaga gol lawan, Syed Adney Syed Hussin pada minit ke-72.
Kemenangan PKNS bermakna menambah lagi derita ATM yang dikendalikan B Sathianathan selepas ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama Piala FA apabila tewas kepada Sime Darby FC, Selasa lalu.

Jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak sudah memberikan kesan kepada corak permainan pemain kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun aksi 90 minit berlangsung dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan mencipta peluang meledak jaringan namun sentuhan penyudah menghampakan.
PKNS mendapat peluang terbaik untuk membuka jaringan pada minit ke-53 namun percubaan Mohd Aminudin Mohd Noor sekadar menggegar palang.

ATM yang menurunkan gandingan Marlon Alex James dan Juan Manuel Arostegui turut mengancam kubu tuan rumah namun tidak berhasil.
Usaha Sathianathan untuk memecahkan kebuntuan jaringan tidak berhasil walaupun menurunkan perancang tengah Bruno Sebastian Marteloto sekali gus terpaksa menelan kekalahan.

Kemenangan itu yang pertama buat PKNS dalam Liga Super selepas tewas kepada Terengganu dalam aksi pembukaan, Sabtu lalu.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets