LONDON 26 Jan. - Jaringan hatrik lewat minit Sergio Aguero menyelamatkan Manchester City daripada tersingkir dari saingan Piala FA apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab divisyen dua, Watford 4-2, sebentar tadi.
Watford, yang gagal menempatkan diri ke Liga Perdana Inggeris selepas tewas dalam saingan playoff musim lalu, mengejutkan City apabila mendahului 2-0 di Etihad hanya selepas 30 minit perlawanan berlangsung.
Fernando Forestieri meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-21, sebelum Troy Deeney menggandakan kedudukan 2-0, sembilan minit kemudian.
Bagaimanapun Aguero meledak tiga gol dalam tempoh 30 minit pada babak kedua, manakala Aleksandar Kolarov turut menyumbang satu gol untuk membawa naib juara musim lalu itu melangkah ke pusingan kelima.
Dalam perlawanan terdahulu, jaringan Victor Moses pada minit ke-26 dan Daniel Sturridge di minit ke-60 membantu Liverpool menewaskan Bournemouth 2-0. - AFP
Keputusan Piala FA (pusingan keempat)
Bournemouth 0 Liverpool 2
Sunderland 1 Kid'minster 0
Man. City 4 Watford 2
Rochdale 1 Sheff. Wednesday 2
Birmingham 1 Swansea City 2
Port Vale 1 Brighton 3
Huddersfield 0 Charlton 1
Bolton 0 Cardiff City 1
Southampton 2 Yeovil Town 0
Wigan 2 Crystal Palace 1
Southend 0 Hull City 2
Stevenage 0 Everton 4
Utusan.com.my