Lisbon: Pemain Argentina, Lucho Gonzalez meninggalkan FC Porto untuk menyertai kelab Qatar yang memberikan tawaran lumayan.
Pengurus kelab Portugal itu, Paulo Fonseca mengesahkan pemain berkenaan sudah meninggalkan pasukan tanpa menjelaskan secara terperinci majikan barunya.
“FC Porto amat sensitif dengan permintaan pemain yang mahu mengubah haluan,” kata Fonseca kepada media tempatan.
Pemain tengah berusia 33 tahun itu meninggalkan Marseille pada 2012 untuk menyertai bekas juara Eropah itu selepas turut bersama kelab berkenaan pada 2005 hingga 2009.
Pemain tengah berusia 33 tahun itu meninggalkan Marseille pada 2012 untuk menyertai bekas juara Eropah itu selepas turut bersama kelab berkenaan pada 2005 hingga 2009.
Pada peringkat antarabangsa dia menyinar untuk Argentina yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2004 dan beraksi untuk Piala Dunia 2006 di mana Argentina tewas kepada tuan rumah, Jerman menerusi penentuan sepakan penalti di suku akhir. -AFP
Hmetro.com.my