Monday, 27 January 2014

Nila Mata RM 204j

Manchester: Pemain perancang Sepanyol, Juan Mata melengkapkan perpindahan dari Chelsea ke pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Manchester United dengan rekod perpindahan termahal kelab £37.1 juta (RM204 juta).

“Saya sangat teruja dapat menyertai United,” kata pemain berusia 25 tahun itu semalam. 
“Saya sangat gembira dalam tempoh beberapa tahun dengan Chelsea, namun masanya sudah tiba untuk saya merasai cabaran baru. United adalah tempat terbaik untuk saya dan saya gembira kerana mendapat peluang menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.” 

Mata meraih anugerah Pemain Terbaik Tahunan dalam dua musim awalnya bersama Chelsea apabila membantu kelab London itu memenangi Liga Juara-Juara pada 2012 dan Liga Europa pada 2013, bagaimanapun dia jarang mendapat tempat musim ini di bawah kendalian Jose Mourinho.
Foto

Pengendali dari Portugal itu lebih berminat menurunkan pemain antarabangsa Brazil, Oscar dan Willian serta pemain sayap Belgium, Eden Hazard bagi mencipta gerakan di belakang penyerang tunggal sekali gus menyebabkan kedudukan bintang Sepanyol itu untuk ke Piala Dunia Brazil Jun ini terancam.
“Chelsea adalah kelab terbaik dan saya mempunyai ramai kawan di sana, tapi anda tidak boleh melepaskan peluang apabila mendapat tawaran menyertai Manchester United,” kata pemain tengah itu yang menjadi pemain kegemaran di Stamford Bridge. 

“Saya tidak sabar membantu pengurus (David Moyes) dan pasukan meraih kejayaan pada tahun akan datang.”

Mata yang beraksi sebanyak 30 kali untuk negaranya menyertai Chelsea dari Valencia dengan bayaran £23.5 juta (RM129.3 juta) pada Ogos 2011. 

Pembelian pemain terbaru itu dianggap penting buat juara Liga Perdana United yang sudah tersingkir daripada saingan Piala Liga dan Piala FA. 

Anak buah Moyes kini juga menduduki tangga ketujuh liga, 14 mata di belakang pendahulu Arsenal. 

Mereka masih lagi bersaing dalam Liga Juara-Juara walaupun berdasarkan prestasi semasa peluang mereka untuk menang adalah tipis. 

Mata tidak boleh beraksi di peringkat Eropah bersama kelab barunya itu musim ini, namun dia boleh membuat penampilan pertama dalam aksi liga menentang Cardiff City di Old Trafford awal pagi esok. 

Yuran perpindahan itu memperbaharui rekod £30.75 juta (RM169 juta) yang dibayar oleh United kepada Tottenham Hotspur bagi mendapatkan penyerang Bulgaria Dimitar Berbatov pada 2008.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets