LONDON: Pemain tengah Everton, Bryan Oviedo mengalami dua keretakan di kaki kirinya ketika pasukannya mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stevenage pada aksi Piala FA kelmarin sekali gus bakal meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia.
Skuad bimbingan Roberto Martinez itu mendahului 1-0 apabila pemain antarabangsa Costa Rica berusia 23 tahun itu terbaring kesakitan selepas dikasari pemain Stevenage Simon Heslop.
Dia mendapat rawatan agak lama dengan pegawai perubatan di atas padang sebelum diusung keluar.
Rakan sepasukan di Everton Leighton Baines dan Kevin Mirallas antara yang berduka melihat keadaan Oviedo.
“Bryan cuba untuk merampas bola tapi malangnya kakinya mengalami dua keretakan, tibia dan fibula,” kata pengurus Everton Martinez.
“Kami perlu beri Bryan sokongan kepadanya sekarang.
Dia mengharungi musim hebat dan saya sangat kagum dengan prestasinya.
Dia pemain penting dalam pasukan ini dan diharap dia cepat sembuh.
Dia pemain penting dalam pasukan ini dan diharap dia cepat sembuh.
“Kecederaan yang dialami Bryan memberi kesan kepada semua pemain.
Kecederaan seperti itu memang menyakitkan.” Everton kemudian menghantar mesej menerusi twitter mengenai perkembangan semasa Oviedo yang akan terus mendapat rawatan di hospital sebelum melakukan pembedahan hari ini.
“Dia mempamerkan kualiti dan anda berasa sedih kerana dia dalam prestasi terbaik dan Piala Dunia semakin hampir.
Tapi sekarang kami perlu pastikan dia pulih segera dan kembali beraksi sebagai tonggak utama pasukan seperti yang dia lakukan sekarang.
Oviedo dijangka tidak akan pulih sebelum Piala Dunia di Brazil bermula pada 12 Jun di mana Costa Rica bakal berdepan England, Itali dan Uruguay di peringkat kumpulan.
Oviedo yang juga boleh beraksi di posisi pertahanan kiri menyertai Everton dari kelab Denmark, Copenhagen pada Ogos 2012 dengan bayaran £5 juta pound (RM27.5 juta).
- AFP
- AFP
Hmetro.com.my