Tuesday, 28 January 2014

Huntelaar Kembali Gegar Jaring Lawan

Berlin: Penyerang Klaas-Jan Huntelaar meraikan kepulangannya daripada rehat lima bulan akibat kecederaan lutut dengan gol pembukaan ketika membantu Schalke 04 menewaskan Hamburg 3-0 kelmarin. 

Pemain Belanda itu tidak beraksi sejak Ogos lalu, tetapi hanya memerlukan 34 minit mengatasi pertahanan Hamburg dan menanduk masuk gol pertama perlawanan untuk melonjak Royal Blues ke tangga kelima Bundesliga. 
“Kami menguasai permainan dan amat memerlukan kemenangan di sini. Matlamat kami ialah mendapat tempat keempat untuk layak ke Liga Juara-Juara dan kami amat gembira dengan corak permainan hari ini,” katanya yang kini meledak 10 dalam tujuh perlawanan menentang Hamburg. 

Lonjak tangga ke-3 

Schalke memastikan tiga mata dengan dua gol lagi dalam tempoh tiga minit babak kedua menerusi Jefferson Farfan pada minit ke-53 dan Max Meyer tiga minit kemudian. 

Bayern Munich pula berpeluang melebarkan jurang kepada 13 mata di tangga teratas liga apabila bertemu VfB Stuttgart esok. 

Borussia Dortmund melonjak ke tangga ketiga dengan kelebihan jaringan ke atas Moenchengladbach selepas seri 2-2 di laman sendiri, menentang Augsburg iaitu mata pertama naib juara Eropah itu di laman sendiri berikutan tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini. 
Mereka kini ketinggalan 14 mata di belakang juara Eropah, Bayern Munich, manakala penghuni tangga keenam, Wolfsburg tumpas 3-1 di laman sendiri di tangan tetangga, Hanover 96. - AFP
Bharian.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets