Monday, 27 January 2014

Matthaeus Harap Kroos Tolak United

Berlin: Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus berkata dia berharap pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos (gambar) menolak bidaan daripada gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United.

Timbul spekulasi beberapa media United mungkin akan cuba mendapatkan pemain Jerman berusia 24 tahun itu selepas berjaya mendapatkan pemain tengah Sepanyol Juan Mata dari Chelsea. 
“Saya harap Kroos akan terus menyambung kontrak bersama Bayern pada masa depan meskipun dia bakal menerima tawaran dari kelab luar,” kata Matthaeus, 52, merujuk kepada United. 

Pengurus United, David Moyes terbang ke Jerman untuk menyertai ejen Kroos, Sascha Breese menyaksikan perlawanan yang dimenangi Bayern 2-0 ke atas Borussia Moenchengladbach pada Jumaat lalu.
Foto

Kroos mempamerkan aksi cemerlang ketika Bayern meneruskan rekod tanpa kalah pada saingan Bundesliga kepada 42 perlawanan dan melebarkan jurang kepada 10 mata di tangga teratas liga.
Selepas melakukan 41 penampilan bersama Jerman, kontrak Kroos bersama Bayern akan tamat pada Jun tahun depan dan juara Liga Juara-Juara itu berkemungkinan besar akan menyambung kontraknya. 

Matthaeus bermain untuk Bayern ketika zaman kegemilangannya sebagai pemain turut mempunyai hubungan rapat dengan juara Eropah itu. 

Dia pernah menyatakan penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski akan menyertai Bayern setahun sebelum perkara itu menjadi kenyataan tiga minggu lalu.- AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets