Monday, 27 January 2014

Alberts Terdesak !

Petra Jaya: Tanpa berselindung jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui berada dalam keadaan terdesak untuk menurunkan ayam tambatannya, Muamer Salibasic yang masih mengalami kecederaan selepas harapan disandarkan terhadap dua penyerang baru gagal menemui penyudahnya.

Salibasic, 30, yang juga penyerang kelahiran Bosnia Herzegovina mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat panjang dengan tempatnya digantikan Alireza Abasfard yang digandingkan bersama Gabor Gyepes. 
“Dalam situasi seperti ini, kami memerlukan Salibasic selepas Alireza dan Gyepes tidak menunjukkan prestasi sebenar. Saya memang tidak berpuas hati terhadap persembahan mereka sehingga kami terlepas beberapa peluang terhidang. 

“Ketika ini, semua pasukan bergantung kepada pemain import untuk menjaringkan gol dan pemain tempatan bekerja keras untuk membantu dan mengisi slot dalam setiap perlawanan.
Foto
GYEPES (dua dari kanan) gagal temui penyudah.

“Sebab itulah, kami perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga minggu untuk memastikan dia (Salibasic) pulih sepenuhnya dan diturunkan,” katanya sambil mengharapkan dua pemain import masing-masing dari Iran dan Hungary itu meningkatkan prestasi pada perlawanan menentang Sime Darby, esok.
Alberts berkata, faktor keletihan pemainnya turut menyumbang kepada kegagalan membentuk corak permainan selepas hanya dua hari diperlukan untuk menghadapi pertembungan ini. 

“Saya sedar pemain keletihan selepas beraksi selama 120 jam (pada saingan Piala FA). Kami bergelut untuk memulihkan kembali dengan tempoh rehat dua hari masih belum mencukupi.” katanya 

Kekalahan tipis 0-1 kepada Kelantan malam kelmarin menyaksikan Sarawak terus malang apabila menghuni tangga tercorot selain satu-satunya pasukan belum memungut sebarang mata. 

Pada aksi pembukaan, Sarawak tumpas 0-2 kepada ATM ditempat lawan sebelum menewaskan Pulau Pinang pada pusingan pertama Piala FA, di laman sendiri, Selasa lalu. 

Dalam perlawanan itu, Sarawak menguasai 70 peratus permainan berbanding Kelantan yang sekali sekala melakukan serangan tapi malangnya beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan sepenuhnya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets