Monday, 27 January 2014

Reduan Mahu Anak Buah Bangkit

Kangar: “Jangan ulangi kesilapan lalu. Ambil iktibar dari apa yang berlaku, jadikan pengajaran untuk berdepan lawan selepas ini. Dalam masa sama lupakan apa yang berlaku (kekalahan) kepada Kedah itu,” kata jurulatih Reduan Abdullah.

Pengendali Perlis itu membuat lontaran berupa amaran demikian kepada anak buahnya yang bakal turun pada aksi kedua Liga Perdana berdepan pasukan bertaraf kelab, KL SPA Putrajaya di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.
“Tidak guna jika terlalu memikirkan aksi yang mengecewakan itu.
Apa yang penting berikan fokus sepenuhnya terhadap lawan yang bakal dihadapi, KL SPA Putrajaya, esok (malam ini).

Semua perlu berusaha memastikan mampu memberikan persembahan terbaik agar tidak dikecewakan lagi.
“Saya harap setiap pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan itu mengambil tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik, memastikan tidak mengulangi kesilapan terutama benteng pertahanan seperti ketika tewas kepada Kedah.

Jentera serangan pula perlu lebih tajam dalam melakukan penyudahan terhadap peluang yang dicipta,” katanya.
Reduan berkata, tanpa sesekali `memperlekehkan’ lawan bertaraf kelab itu, kemenangan dan kutipan tiga mata penuh pada perlawanan itu cukup penting kepada pasukan bagi memastikan aksi dan persembahan lebih bersemangat pada perlawanan selepas ini.
Justeru, katanya, bagi merealiasaikan sasaran itu apa-apa kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti ketika ‘dimalukan’ Kedah, 4-1, Jumaat lalu ditangani dan dalam masa sama berusaha meningkat dan memantapkan lagi tindakan penyudah, keserasian pemain di semua posisi agar lebih mantap dan bersedia untuk berdepan segala cabaran.
“Kita harap pemain dapat belajar dan ambil pengajaran daripada perlawanan dengan Kedah itu.
Jangan ulangi kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan.

Benteng pertahanan yang dilihat antara punca utama yang menyaksikan jentera serangan Kedah mudah merobek dan seterusnya meledak tiga daripada empat jaringan pada perlawanan itu,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets