Monday, 27 January 2014

KLSPA Mampu Jadi Pencabar Terkuat

Melaka: Pemain import KL SPA dari Korea Selatan Shin Hyun-Joon (gambar), 30, yakin pasukannya mampu menjadi pencabar terkuat dalam kancah Liga Perdana sambil bertekad membantu skuad itu layak ke Piala Malaysia.

Menurutnya, barisan pasukan itu dilihat mantap dalam semua poisi namun tidak bernasib baik tewas pada perlawanan pertama liga kepada UiTM FC 0-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Jumaat lalu.
Menurutnya, walaupun menguasai perlawanan kebuntuan jaringan memperlihatkan skuad itu kecewa untuk sekurang-kurangnya memburu satu mata.
Pemain yang pernah beraksi empat musim di liga Indonesia itu juga yakin gandingan bersama rakan sepasukan akan lebih mantap dalam memastikan SPA tidak tercicir sebarang mata dalam setiap perlawanan selepas ini.
“Sokogan semua pihak terutama pengurusan dan jurulatih membakar semangatnya untuk memberi yang terbaik dalam memastikan kejayaan pasukan,” katanya.
Sementara itu jurulatih KL SPA Mohd Shah Norbit berkata, pemain terbabit memiliki sentuhan menarik dan menjadi nadi penggerak barisan tengah pasukan.
Katanya, gandingannya bersama penyerang import Perancis Rudy Viator dan Joseph Nicoise diharap terus menjadi sepanjang musim ini.
Sementara itu, mengulas perlawanan berdepan Perlis petang ini di Kangar, beliau berkata, sasaran pasukan pastinya mengutip tiga mata selepas kecewa di tempat sendiri kepada UiTM FC.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets