Sunday, 26 January 2014

Mata Sudah Sah Menjadi Milik MU



Mata (kiri) bakal bergandingan dengan Wayne Rooney bagi mengembalikan reputasi sebenar Manchester United.



LONDON - Manchester United mengesahkan telah mencapai persetujuan dengan perpindahan pemain tengah Chelsea, Juan Mata kelmarin.

United dilaporkan telah melengkapkan yuran perpindahan sebanyak 37 juta pound (RM204 juta) selepas pemain berusia 25 tahun itu melepasi ujian perubatan bersama juara bertahan Liga Perdana England tersebut.
Penghijrahan Mata itu sekali gus memadam rekod pembelian penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspur sebanyak 30.75 juta pound (RM170 juta) pada 2008.
"Dengan berbesar hati, United ingin mengumumkan bahawa kami telah mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk menandatangani Mata dengan rekod paling mahal buat kelab ini.
"Perjanjian itu berjaya sejurus (Mata) menjalani ujian perubatan dan persetujuan antara kedua-dua pihak termasuk terma peribadi pemain.
"Sebarang pengumuman lanjut bakal dibuat dalam masa terdekat," ujar United dalam satu kenyataan rasmi.
Mata dijangka membuat penampilan pertama bersama United ketika menentang Cardiff City di Stadium Old Trafford pada Selasa ini.
Pengurus United, David Moyes kini semakin terdesak untuk membawa pemain-pemain berkualiti tinggi dalam usaha mengembalikan reputasi sebenar sejak bermula hambar pada musim ini.
Sejak Moyes menggantikan Alex Ferguson pada Julai lalu, United kini ketinggalan 14 mata dengan pendahulu liga, Arsenal.
Selain itu, United juga tersingkir dari Piala FA kepada Swansea City pada aksi pusingan ketiga dan tewas kepada Sunderland untuk aksi Piala Liga, minggu lalu. - AFP
Kosmo.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets