Monday, 27 January 2014

Liverpool Bertenaga

BOURNEMOUTH, (United Kingdom): Brendan Rodgers percaya kemenangan Liverpool ke atas Bournemouth dalam Piala FA membuktikan kemampuan pasukannya sejak mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan kerdil dari Liga Satu musim lalu Oldham.

Rodgers mara ke pusingan kelima selepas melepasi ujian di gelanggang lawan dengan kemenangan ke atas pasukan Liga Kejuaraan Eddie Howe 2-0 menerusi jaringan Victor Moses dan Daniel Sturridge semalam.
Ia persembahan lebih baik Liverpool sejak tumpas kepada Oldham di peringkat sama dalam kejohanan ini pada 12 bulan lalu.
Dan pengurus Reds Rodgers percaya perbezaan prestasi pasukannya dalam Piala FA tahun ini membuktikan peningkatan prestasi sebenar mereka.
“Banyak perlawanan yang kami harungi baru-baru ini menunjukkan perbezaan berbanding tahun lalu dan ada perlawanan yang kami lalui sekarang kami tewas tahun lalu,” kata Rodgers.
“Kami banyak meningkat bukan hanya dari segi idea bola sepak tapi juga karaktor pasukan ini.
Jadi kami mempamerkan banyak peningkatan dan kemampuan kami mengawal tempo pada babak kedua adalah sangat penting.” Rodgers membariskan skuad utama walaupun mereka bakal berdepan pertembungan setempat menentang Everton pada pertengahan minggu ini dan dia percaya kemenangan itu berbaloi dengan risiko yang diambil.
“Kami hanya memiliki skuad yang kecil dan memiliki pemain yang cedera,” tambah Rodgers.

“Tapi tradisi Piala FA bagi Liverpool sangat besar dan kami menghormati pertandingan ini kerana kami mahu layak ke final dan kalau boleh memenanginya.
“Pemain-pemain cergas sepenuhnya dan mempunyai cukup masa untuk berehat.

Kami akan kembali beraksi Selasa ini dengan penuh semangat hasil kemenangan ini.” - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets