Saturday, 25 January 2014

United Sanggup Bayar RM 205j

MANCHESTER - Manchester United telah membuat bidaan sebanyak 37 juta pound (RM205.22 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Chelsea, Juan Mata (gambar) sebelum jendela perpindahan pemain bulan ini ditutup.

Ketika ini United hanya menunggu kata putus daripada Chelsea untuk melengkapkan perpindahan pemain berusia 25 tahun itu.
Perpindahan itu akan menyaksikan Mata akan menjadi rekod pembelian termahal United mengatasi pembelian Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspur dengan nilai 30.7 juta pund (RM170.28 juta) pada 2008 lalu.
Malah, ia juga membuktikan bahawa pemilik kelab United daripada warga Amerika bahawa mereka bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan memulihkan semula skuad kendalian David Moyes yang terumbang-ambing ketika ini.
Perancang tengah antarabangsa Sepanyol itu terdesak untuk keluar daripada pasukan berpangkalan di Stamford Bridge tersebut selepas tidak menjadi pilihan pengurus The Blues, Jose Mourinho.
Pembelian Mata ini juga bermakna Moyes akhirnya kembali mengikat penyokong-penyokong tegar United sekali gus membangkitkan semangat para pemainnya kembali mencari rentak kemenangan dalam aksi Liga Perdana England musim ini.
United juga mempunyai sedikit harapan pada musim ini apabila masih kekal berada dalam kempen Liga Juara-Juara dan akan bertemu Olympiakos bulan depan.
Bagaimanapun, juara bertahan Liga Perdana England itu kini menduduki tangga ketujuh liga ketinggalan 14 mata dengan pendahulu, Arsenal. - AP
Kosmo.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets