Johor Bahru Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran, individu yang mencetuskan kekecohan dan ketegangan ketika menyaksikan perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilarang memasuki Stadium Tan Sri Hassan Yunos, seumur hidup.
Beliau yang kesal dengan insiden kekecohan selepas perlawanan Liga Super membabitkan JDT dan Perak, tengah malam kelmarin berkata, penyokong perlu lebih bersikap profesional dan berdisiplin sama ada ketika berada di dalam atau luar stadium.
Tindakan tegas
“Saya beri amaran kepada segelintir penyokong yang cuba nak cetuskan huru-hara supaya hentikan segera kerana kita akan ambil tindakan tegas.
“Individu yang mencetuskan ketegangan akan diharamkan memasuki stadium seumur hidup,” katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, semalam.