Saturday, 18 January 2014

Kafando Tekad Sekat Aimar

Ipoh: Tonggak benteng Perak, Martin Kafando akan melakukan segala yang terdaya untuk menyekat Pablo Aimar dalam pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (DT) di Stadium Tan Seri Hassan Yahya, Larkin, malam ini.

Bek tengah pasukan ‘The Bos Gaurus’ dari Burkina Faso itu berkata dia sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan itu dan bertekad untuk memastikan benteng Perak tidak dibolosi terutama pemain handalan itu.
“Memang mereka mempunyai barisan hebat.
Namun saya dan rakan lain juga sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab menyekat lawan,” kata Kafando sebelum berlepas ke Johor Bahru, semalam.
Pemain itu berkata setakat ini dia tidak menghadapi masalah bergandingan dengan pemain seperti Mohd Tuah Iskandar, Jamaluddin, Azmeer Yusof dan Haizal Faquan.
Begitupun benteng Perak akan terasa ketiadaan pemain yang mempunyai corak keras, Mohd Hisyamuddin Sha`ari yang mengalami kecederaan.
Pasukan Kejor Yob Sekor juga tidak dapat menurunkan Mohd Hardi Jaafar serta pemain skuad bawah 23 tahun negara, Mohd Basir Basharuddin yang turut cedera.

“Saya tidak kisah dengan siapa digandingkan kerana boleh menyesuaikan diri dengan semua pemain,” katanya.
Kafando, 26, berharap rakan sepasukan akan turun dengan semangat juang kental dan cekal seperti dipamerkan dalam perlawanan persahabatan.
“Jika dalam perlawanan persahabatan mereka boleh bermain cemerlang, perkara sama juga dituntut daripada setiap anggota pasukan malam esok (ini).

Kami juga mahu membuat permulaan baik jika boleh.

Justeru kami pasti akan memberi tentangan kepada mereka.
“Berdasarkan setakat ini saya berkeyakinan kami mampu memberikan mereka cabaran sengit,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets