Sunday, 19 January 2014

Mourihno Guna ' Taktik Kotor '

LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho melancarkan perang psikologi ke atas Manchester United menjelang aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Mourinho cuba membangkitkan kemarahan pengendali United, David Moyes apabila mendakwa penyerang sensasi England, Wayne Rooney itu akan dijual pada Jun depan.
Pengendali kelahiran Portugal itu menghidupkan semula minatnya untuk memburu Rooney selepas beliau gagal melakukannya pada Jun tahun lalu.
Rooney dijangka terlepas aksi menentang musuh tradisi itu selepas mengalami kecederaan pangkal paha tetapi United mengambil risiko dengan menyenaraikan namanya dalam kesebelasan utama skuad The Red Devils.
"United sudah pasti (mahu menjualkan Rooney) jika dilihat daripada pendekatan yang mereka gunakan terhadap situasi Rooney sekarang.
"Dulu, mereka tidak mahu menukar (Rooney dengan pemain lain), mereka juga tidak mahu jual (Rooney). Saya tidak nampak mereka enggan menukarkan Rooney dengan pemain Chelsea.
"Adakah perkara yang sama akan berlaku pada Jun depan?
"Saya rasa, United sudah bersedia untuk menjual Rooney tetapi bukan kepada pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana England," kata Mourinho. - Agensi

Kosmo.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets