Kota Kinabalu: Lebih 1,000 peminat bola sepak tempatan di negeri ini teruja apabila bertemu dan beramah mesra dengan pemain pujaan mereka di ruang legar aras 3 pusat beli-belah Suria Sabah, semalam.
Gabungan kelab penyokong Sabah dan orang ramai mula berkumpul di ruang legar itu sejak 11 pagi meskipun sesi bertemu peminat dijadualkan pada 12 tengah hari.
Pada sesi itu, Sabah diketuai jurulatih, Milomir Seslija, penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman dan hampir semua pemain pasukan itu.
Pada sesi itu, Sabah diketuai jurulatih, Milomir Seslija, penyerang Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman dan hampir semua pemain pasukan itu.
Seslija ketika berucap dihadapan peminat merakamkan rasa terharu dengan sambutan diberikan peminat kepada pasukan itu pada musim ini.
“Saya tidak dapat menahan rasa terharu diatas sambutan diberikan peminat kepada pasukan Sabah dan berharap agar ia berterusan seperti mana zaman ketika saya bermain dengan Sabah dulu.
“Kami juga mahu peminat dan penyokong terus memberi sokongan dengan hadir ke Stadium setiap kali perlawanan berlangsung,” katanya.
“Kami juga mahu peminat dan penyokong terus memberi sokongan dengan hadir ke Stadium setiap kali perlawanan berlangsung,” katanya.
Sesi bertemu peminat itu bagi memberi peluang pasukan lebih dekat selain mendapatkan tandatangan setiap pemain.
Sementara itu, peminat yang ditemui amat teruja untuk melihat pasukan kegemaran mereka itu mencatat kemenangan pada setiap perlawanan Liga Perdana.
Sementara itu, peminat yang ditemui amat teruja untuk melihat pasukan kegemaran mereka itu mencatat kemenangan pada setiap perlawanan Liga Perdana.
Bagi peminat berasal dari Ranau, Waideh Laumin berharap sokongan yang diberikan peminat dapat diteruskan sehingga tamatnya saingan Liga Perdana musim ini.
“Saya juga berharap pemain dapat menunjukkan semangat kesukanan tinggi pada setiap perlawanan tidak kira di tempat lawan ataupun gelanggang sendiri.
“Pemain juga harus menggunakan pengalaman jurulatih itu kini yang pernah bermain untuk Sabah pada tahun 90 an dulu,” katanya.
Hmetro.com.my“Saya juga berharap pemain dapat menunjukkan semangat kesukanan tinggi pada setiap perlawanan tidak kira di tempat lawan ataupun gelanggang sendiri.
“Pemain juga harus menggunakan pengalaman jurulatih itu kini yang pernah bermain untuk Sabah pada tahun 90 an dulu,” katanya.