Saturday, 18 January 2014

Aguero Sah ' Taji '

Manchester, England: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero akan menggunakan pertemuan menentang Cardiff malam ini sebagai batu loncatan menguji tahap permainannya sejak kembali daripada kecederaan ketika pertembungan Liga Juara-Juara menentang Barcelona menjadi sasaran.

Aguero menyumbat gol selepas kembali daripada rehat lapan perlawanan kerana kecederaan betis apabila City menang 5-0 ke atas Blackburn pada ulangan pusingan ketiga Piala FA kelmarin.  
Alvaro Negredo dan Edin Dzeko membantu City menang tujuh perlawanan dan seri sekali ketika ketiadaan Aguero, menjaringkan enam gol semuanya. 

Namun bos City, Manuel Pellegrini sedar kembalinya Aguero satu rangsangan ketika kelab Eastlands itu cuba mengatasi pendahulu Arsenal menjelang perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang juara Sepanyol, Barcelona pada 18 Februari depan.

Aguero yang mengumpul gol ke-20 musim ini berdepan Rovers, bermain selama 18 minit pada pertengahan minggu dan Pellegrini mungkin memutuskan untuk memasukkan bekas bintang Atletico Madrid itu dari bangku simpanan sekali gus memantapkan kecergasannya secara perlahan.

Pellegrini percaya Aguero yang cedera ketika menang 6-3 ke atas Arsenal pada 14 Disember lalu, memerlukan dua atau tiga perlawanan sebelum kembali ke tahap terbaiknya. 

Namun penyerang itu berjanji dia akan memuncak sebelum City bertembung dengan Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara. 

“Mungkin dalam masa seminggu saya akan kembali ke tahap terbaik,” jelas Aguero. “Lebih banyak anda bermain, anda akan berasa bagus dan saya yakin bersedia menentang Barca. 

“Tapi kami masih ada masa dan kini kami perlu memikirkan mengenai perlawanan berikutnya dalam Liga Perdana kerana ia amat penting sebelum bertemu Barca.”- AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets