Saturday, 18 January 2014

Rodgers Yakin Kemampuan Sturridge

Liverpool: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers percaya Daniel Sturridge masih mampu meningkatkan mutu permainannya ketika Reds berdepan Aston Villa, awal pagi esok.

Sturridge diketepikan sejak hujung November kerana kecederaan buku lali, namun tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi buat Luis Suarez ketika Liverpool menang 5-3 ke atas Stoke hujung minggu lalu.  
Rodgers kini mesti memutuskan cara terbaik menyenaraikan penyerang England itu dalam kesebelasan utamanya menentang Villa di Anfield. 

Suarez sudah menjaringkan 22 gol musim ini manakala pemain Brazil, Philippe Coutinho dan pemain sayap England, Raheem Sterling memukau ketika ketiadaan Sturridge.

Satu-satunya cara menggabungkan semua empat pemain itu dalam pasukannya mungkin menyaksikan Rodgers mengubah formasi 4-3-3 kepada 4-4-2 menentang Villa kendalian Paul Lambert.

“Pendapat saya mengenai Daniel semakin kukuh sejak saya bekerja dengannya,” jelas Rodgers. 

“Secara keseluruhan saya fikir dia mempunyai peluang besar untuk menjadi pemain bertaraf dunia dalam beberapa tahun akan datang. 

“Dia mempunyai apa yang diperlukan serta kualiti menjadi penyerang bertaraf dunia sama seperti Luis Suarez.” - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets