Thursday, 2 January 2014

Aksi Tok Gajah Kian Kukuh

Kuantan: Aksi pada dua perlawanan persahabatan yang diadakan sudah menampakkan keserasian baik antara pemain lincah Pahang, Azamuddin Mohd Akil dengan dua awang import Matias Ruben Conti dan Dickson Nwakaeme.
Namun, dalam usaha mempertajamkan lagi jentera serangan Tok Gajah gandingan tiga pemain berkenaan perlu lebih berusaha memantapkan persefahaman yang akan menjadi pencetus kepada kejayaan menghasilkan jaringan.

Azamuddin berkata, walaupun baru kali pertama digandingan dengan Dickson (Nwakaeme) itu tidak menimbulkan banyak masalah untuk saya memahami kehendak serta kamampuan pemain berkenaan.
“Kemampuan pemain berkenaan menewaskan benteng pertahanan lawan seterusnya melakukan umpanan dengan baik akan membuka lebih ruang kepada saya menghasilkan gol dalam apa juga keadaan.

“Saya berharap persafahaman yang lebih mantap berjaya dibentuk dalam usaha meletakan skuad Tok Gajah pada landasan sebenar musim ini selepas melakar kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lepas,” katanya.

Mengenai persefahaman dengan Conti, Azamuddin berkata, selepas semusim bersama tidak banyak masalah dihadapi dengan pemain berkenaan yang mempunyai kelebihan menghasilkan gol dari semua sudut.
Katanya, selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan bertemu PKNS Selangor dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) beberapa kelemahan perlu segera diperbaiki jurulatih.
Hmetro.com.my

Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets