Thursday, 2 January 2014

Annuar Mahu Lihat Perubahan

Kota Bharu: Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menyarankan badan induk bola sepak negara diterajui oleh badan gabungan yang terdiri daripada presiden persatuan bola sepak negeri dan menggesa ia dilakukan pada pemilihan yang bakal diadakan tahun ini.
Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, untuk melihat perubahan lebih baik dalam FAM, satu rombakan besar-besaran perlu dilakukan iaitu bermula daripada pucuk pimpinan badan induk bola sepak negara itu sendiri.

Katanya, FAM perlu dipimpin oleh badan gabungan yang terdiri daripada presiden persatuan bola sepak negeri dan bukannya orang luar.

“Tahun 2014 adalah tahun pemilihan. Ahli gabungan adalah antara delegasi yg akan menentukan masa depan bola sepak Malaysia.

“Pada pandangan peribadi saya, FAM mesti dipimpin orang yang jaga bola. Itu mustahak kalau orang yang tak jaga bola dia tak akan faham masalah kecil yang berkemungkinan boleh menjadi besar.

“Ini mungkin orang kata sensitif tetapi itulah realitinya. Namun saya tak nak berselindung kerana saya fikir salah seorang presiden daripada badan gabungan harus menjadi pemimpin FAM.
“Malah Kelantan akan mencadangkan salah seorang daripada presiden gabungan utk menjawat jawatan presiden, timbalan dan naib presiden (FAM)” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas, semalam.

Menurut Annuar, persatuan bola sepak negeri juga akan terjejas dan mengalami kesulitan sekiranya FAM diterajui orang luar malah bapa pembangunan bola sepak Kelantan itu menyifatkan sudah tiba masa untuk membuat perubahan.
“Seperti apa yang sentiasa berlaku, masalah pada ahli gabungan di anggap masalah kecil. Saya cakap bukan saja-saja, malah saya sudah melaluinya...masalah negeri banyak tak diberi perhatian.

“Kalau hoki biar dipimpin orang yang tahu hoki, bola biar orang yang tahu pasal bola, renang orang yang tahu pasal renang.

“Zaman melantik pemimpin berdasarkan pada ceremonial (istiadat) sudah habis sebab dunia berubah, kita di Malaysia saja yang belum berubah,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets