Monday, 20 January 2014

Cazorla Kembali Berbisa

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya Santi Cazorla (gambar) kini kembali di tahap terbaik apabila pemain itu menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana dalam tempoh dua bulan bagi membantu pasukannya kekal di puncak liga.

Cazorla terpaksa berehat selama enam minggu pada awal musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali ketika Arsenal memenangi pertembungan utara London dengan Tottenham Hotspur pada 1 September lalu.

Bagaimanapun pengurus Arsenal, Wenger berasakan dua gol yang dijaringkan Cazorla ketika menang 2-0 ke atas Fulham di Stadium Emirates kelmarin membuktikan pemain itu sudah bersedia memainkan peranan penting dalam memburu gelaran.
“Dia sudah lama tidak bermain sejak awal musim dan mengalami beberapa kecederaan. Selepas itu dia mengalami kecederaan buku lali dan hanya pada pertengahan Disember dia kembali berada di prestasi terbaiknya,” kata Wenger.

“Apabila anda bermain di kawasan pasukan lawan, dia seorang pemain yang boleh mencipta sesuatu istimewa sama menerusi hantarannya atau sentuhan penyudah. Dia boleh menggunakan kedua-dua kakinya dan itulah yang membuatkannya sangat bahaya.” Cazorla yang membentuk gandingan hebat bersama Jack Wilshere dan Olivier Giroud meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-57 sebelum sekali lagi mencipta nama selaku penjaring empat minit selepas itu bagi gol kedua pasukan tuan rumah.

Tambah Wenger: “Wilshere semakin mantap dan dia adalah pemain yang memulakan banyak gerakan serta meningkatkan tempo permainan kami.” Pengurus itu bagaimanapun belum membuat sebarang pengesahan mengenai usahanya mendapatkan penyerang Juventus, Mirko Vucinic pada tempoh perpindahan Januari ini walaupun beliau mengakui mahu memperkuatkan pasukan.
“Kami sedang mencari beberapa pemain baru tapi tidak semestinya Vucinic,” katanya. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets