Tuesday, 21 January 2014

Gugup Hanya Sementara

Johor Bahru: Kegugupan pada aksi pertama saingan Liga Super sememangnya tidak mampu diatasi namun pemain tengah Johor Darul Takzim (DT), Mohd Shakir Shaari yakin ia hanya sementara.

Bagi Mohd Shakir yang beraksi selaku tonggak tengah skuad Harimau Selatan menganggap masalah itu bukan sahaja dialami pasukan JDT malah semua pasukan yang memulakan kempen Liga M musim ini.

Malah mengakui masih ada sedikit kelemahan ketika aksi pertama namun yakin kepakaran pengendali Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez mampu membangkitkan semangat pemain dan membentuk corak taktikal yang lebih ampuh menjelang pertembungan dengan T-Team di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
“Sudah jadi lumrah setiap aksi pertama memang ada kegugupan namun ia bersifat sementara dan semuanya akan diatasi pada aksi seterusnya kerana berada dimomentum terbaik selepas mengharungi latihan intensif.

“Pada aksi pertama, agak sukar beraksi dengan sempurna dan saya yakin semua rakan sepasukan juga tidak mahu prestasi kurang mantap sebaliknya tekad untuk beraksi dengan konsisten mengikut arahan taktikal jurulatih (Jiminez).

“Tiga mata yang diraih pada aksi pertama adalah hasil daripada kerjasama rakan sepasukan yang beraksi untuk menang walaupun saya saya akui di babak pertama ada kelonggaran,” katanya.
Aksi menentang T-Team, Sabtu ini amat penting dan dia akan perbaiki segala kelemahan bagi mengelak kehilangan mata malah objektif utama adalah kemenangan.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets