Thursday, 2 January 2014

KAFA Perlukan Dana RM8 Juta

KAFA
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM8 juta untuk digunakan bagi mengurus pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2014.
Bekas presidennya, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan bahawa beliau akan tetap berusaha memastikan kantung KAFA sentiasa penuh dan cukup meskipun sudah melepaskan jawatan dalam persatuan berkenaan.
“Pegawai KAFA tidak perlu risau, saya akan berusaha mencari duit bagi memastikan perbelanjaan persatuan tidak terjejas. Begitu juga dengan pemain, mereka jangan risau.
“Saya mahu mereka tumpukan perhatian pada perlawanan yang bakal diharungi selepas ini dalam usaha mengekalkan tradisi kecemerlangan The Red Warriors sebagaimana yang telah dibuktikan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Sukan Peringkat Politeknik Kota Bharu (PKB) semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PKB, Noor Azahan Othman.
Annuar memberitahu, beliau sudah pun mengarahkan syarikat miliknya Al-Hambra untuk turut sama berusaha mencari dana bagi membantu kantung KAFA menghadapi saingan musim 2014.
Katanya, selain itu TRW Sdn. Bhd turut sama membantu untuk mengisi kantung KAFA.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, Kelantan hanya mempunyai 16 pemain yang dilabel sebagai ‘gred A’ untuk menggalas cabaran dalam saingan Liga M musim ini.
Katanya, angka tersebut adalah hasil rumusan Ketua Jurulatih, Steve Darby berdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang latihan pra musim sejak awal Disember lalu.
“Jumlah tersebut tidak cukup, namun saya tidak mengharapkan keajaiban untuk Kelantan menjadi pasukan yang hebat.
“Pasukan yang dibina Steve Darby ini akan menghadapi musim yang cukup mencabar,” ujarnya.
www.kosmo.com.my
Kelate.net
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets