Madrid: Lionel Messi menyumbat dua gol termasuk satu gerakan individu menakjubkan pada penampilan pertamanya tahun ini ketika Barcelona menewaskan Getafe 2-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Piala Raja Sepanyol untuk mara dengan agregat 6-0, awal pagi semalam.
Namun ia bukannya hari yang sempurna buat kelab Catalunya itu apabila Neymar terpaksa diusung keluar selepas terseliuh teruk di buku lali kanannya pada pertengahan babak kedua.
Pengurus Barca, Gerardo Martino bagaimanapun menolak kebimbangan bintang Brazil itu mungkin diketepikan bagi satu tempoh panjang.
“Kami tidak fikir ia seteruk yang dilihat di kaca televisyen.
Dia mung kin terpaksa berehat, tapi mungkin tidak terlalu serius,” katanya.
“Saya lebih suka doktor menentukan berapa lama dia terpaksa berehat, tapi kami fikir ia tidak mungkin lama,” katanya.
- AFP
Hmetro.com.my- AFP