Monday, 20 January 2014

Penyudah Tumpul

Kuala Lumpur: Kelibat Messi Indonesia, Andik Vermansah (gambar) masih belum mahu digunakan pengendali Selangor, Mehmet Durakovic dalam perlawanan sulung Merah Kuning kelmarin.

Pemain sayap lincah berusia 23 tahun itu sekadar memanaskan bangku simpanan ketika kemenangan 2-0 Selangor mengatasi T-Team dalam aksi pembukaan Liga Super dengan seorang lagi pemain import, Paulo Rangel menyinar apabila menyumbang kedua-dua gol.

“Pada saya komitmen yang dipamerkannya dalam sesi latihan adalah hebat tetapi Andik hanya bersama kami untuk tempoh sekitar dua minggu selepas mengharungi Sukan SEA bersama Indonesia, begitu juga Ahmad Hazwan (Bakri) dan A Thamil (Arasu) bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Dia dalam proses untuk mengenali pemain dan corak permainan kami yang sudah diterapkan sejak tujuh minggu lalu.
“Jadi saya merasakan dia masih memerlukan masa untuk benar-benar menjadi satu unit dengan pasukan dan struktur kami,” kata bekas kapten Selangor itu yang dilantik mengendalikan Merah Kuning musim ini.

Selangor menggunakan tiga khidmat pemain import yang lain dalam perlawanan kelmarin dengan Rangel nyata tajam pada bahagian serangan, Juninho pula menguasai bahagian tengah dengan baik manakala Steve Pantelidis bergandingan bersama Mohd Rizal Fahmi Rosid di posisi pertahanan tengah.

“Hanya masa akan menentukan (bila akan diturunkan). Terdapat kemungkinan juga saya akan menurunkannya untuk aksi pusingan pertama Piala FA pada Rabu nanti. Sekarang saya lihat setiap pemain memberikan komitmen 100 peratus dalam latihan untuk mendapat tempat dalam senarai 18, satu perkembangan yang bagus,” katanya.
Namun pengendali berusia 49 tahun itu mengakui beliau akan mengamalkan sistem penggiliran pemain bagi mengharungi musim yang panjang bakal ditempuh anak buahnya kerana mereka juga perlu bersaing dalam Piala AFC.

“Saya gembira dengan kemenangan semalam (kelmarin) dengan pemain beraksi seperti yang diharapkan walaupun terganggu susulan keadaan padang kurang baik. Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak jaringan dengan peluang yang diperoleh. Beberapa pemain mungkin akan direhatkan untuk perlawanan menentang Harimau Muda C Rabu nanti,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets