Barcelona: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol jarak jauh untuk membuktikan dia sememangnya bernilai sesuai dengan anugerah Ballon dOr untuk memulakan rentak kemenangan bergaya Real Madrid ketika menang 5-0 di Real Betis.
Kemenangan itu sekali gus mengangkat pasukannya sama mata dengan pendahulu Liga Sepanyol itu, kelmarin.
Dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada saingan Copa del Rey Rabu lalu untuk meraikan anugerah Pemain Terbaik Dunia dan menambah gol menerusi rembatan kencang dari jarak 25 meter pada minit ke-10 ketika bertemu Seville.
Gol pertama Bale
Gareth Bale mengikut jejak Ronaldo menerusi sepakan percuma pada minit ke-25 bagi jaringan pertamanya sejak 30 November, membuatkan pasukan tuan rumah itu semakin tertekan dan gugup di bahagian pertahanan.
Bharian.com.my