Paris: Pemain Perancis, Franck Ribery dan Karim Benzema akan berdepan pendakwaan hari ini atas dakwaan mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur yang akhirnya menjadi popular sebagai model pakaian dalam dan pereka fesyen.
Pemain sayap Bayern Munich, Ribery, 30, dan penyerang Real Madrid, Benzema, 26, berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda hingga RM202,500 (45,000 euro) bagi setiap pertuduhan kerana membayar Zahia Dehar untuk hubungan seks ketika dia masih berusia bawah 18 tahun.
Kedua-duanya dijangka tidak hadir pada prosiding berkenaan di Paris, kata peguam Ribery, Carlo Alberto Brusa.
Bekas pelacur itu yang yang namanya melonjak kerana mendapat perhatian pereka fesyen Karl Lagerfeld apabila kesnya muncul di akhbar, juga dijangka tidak hadir.
Brusa berkata, dia yakin kes berkenaan akan ditolak selepas pendakwa raya berkata, mereka kekurangan bukti kedua-dua pemain itu tidak sedar pelacur itu masih di bawah umur.
Kami semakin yakin dan kami akan terus melawan, katanya.
Dehar juga sudah menarik diri sebagai plaintif dalam kes itu.
Dia juga tidak meminta apa-apa, kata peguamnya, Daniel Vaconsin.
Dua pemain berkenaan didakwa mengadakan hubungan seks berbayar bersama Dehar ketika dia berusia 16 dalam kes Benzema dan ketika berumur 17 dalam kes Ribery.
AFP