Thursday, 2 January 2014

Singar Utara Kembali Garang

Kangar: Skuad Perlis tampak garang bagi memulakan saingan Liga Perdana musim ini selepas mencatatkan keputusan memberangsangkan sepanjang sesi perlawanan persahabatan sebelum saingan bermula awal tahun ini.
Jurulatih Reduan Abdullah (gambar) berkata, beberapa siri perlawanan pemanas badan di antara beberapa pasukan dalam Liga Perdana menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan tidak mencatatkan sebarang kekalahan.

Katanya, mereka sudah mengharungi lima perlawanan persahabatan termasuk seri dengan pasukan T-Team 1-1 selain menang menentang Harimau Muda B 1-0 tempoh hari.
Menurutnya, keputusan yang dicatatkan juga menunjunkkan peningkatan daripada segi kualiti permainan dan ia lebih membanggakan apabila kebanyakan pemain masih baru.

“Perlis kali ini menampilkan ramai muka baru dan mereka masih cuba mengadaptasi permainan dalam pasukan namun menunjukkan persefahaman tinggi di kalangan mereka.

“Ia sesuatu yang membanggakan dan boleh di anggap sebagai satu permulaan positif bagi memulakan musim Liga Malaysia kali ini,” katanya.
Beliau juga mengesan beberapa kelemahan di dalam pasukan dan sedang membaiki kelemahan berkenaan supaya pasukan Singa Utara berkenaan akan jauh disegani daripada sebelum ini.

Menurutnya, semua pemain import juga sudah beraksi bersama pasukan bagi membolehkan mereka bergaul ketika permainan.
“Kita sudah menyenarai pendek empat nama pemain import berusia 22 sehingga 31 tahun di mana mereka berasal dari Argentina, Maghribi, Thailand dan Ivory Coast.

“Pemain ini menunjukkan permainan bertenaga dan yakin dengan pengalaman serta kebolehan yang dimiliki untuk membantu Perlis,” katanya.

Perlis bakal berdepan Melaka pada saingan Piala FA pada 21 Januari ini di Melaka sebelum memulakan kempen Liga Perdana menentang Kedah di Stadium Darulaman 24 Januari ini.
Hmetro.com.my

Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets