Thursday, 2 January 2014

Chelsea Rugi RM268.2 Juta

London: Chelsea mencatatkan kerugian £49.4 juta (RM268.2 juta) pada penyata kewangan tahun lalu, menurut kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.
Pendapatan yang berakhir 30 Jun 2013 merekodkan £255.8 juta (RM1.3 bilion) namun penyingkiran kelab berkenaan di Liga Juara-Juara menyumbangkan kepada kerugian dalam pendapatan itu.

Skuad kendalian Jose Mourinho bagaimanapun berjaya memuaskan hati peraturan kewangan Fair Play UEFA (FFP) yang memantau selama dua tahun termasuk keuntungan £1.4 juta (RM7.6 juta) yang diperoleh bagi musim 2011/12.

Kelab berkenaan turut meraih peningkatan 19 peratus dalam pendapatan komersil berbanding £67 juta (RM363.8 juta) kepada £79.6 juta (RM432.2 juta) apabila mereka memenangi Liga Europa.

Ketua eksekutif Chelsea Ron Gourlay berkata: “Bagi Chelsea FC melakar tahap pendapatan walaupun tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara membuktikan kami mempunyai struktur perniagaan yang bagus dan berkembang pada landasan yang tepat untuk mencapai kestabilan jangka panjang.

“Falsafah kami adalah membina kejayaan di padang dan walaupun kedudukan kewangan kami tidak mengulangi keuntungan pada tahun sebelumnya menerusi perpindahan pemain, kami percaya purata usia skuad ketika ini akan memberikan manfaat kepada pelaburan untuk tempoh yang mendatang,” katanya. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets