Saturday, 18 January 2014

Darby Sedia Turun Pemain Terbaik

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan Steve Darby bersedia menurunkan kesebelasan terbaiknya untuk melayani kunjungan Sime Darby dalam perlawanan pertama saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pertemuan kedua-dua pasukan yang boleh digelar sebagai ‘Perang Darby’ itu bakal menguji pemain kedua-dua pasukan berkenaan dalam perlawanan sebenar selain masing-masing mengejar tiga mata sebagai pembuka tirai musim ini.
Darby berkata, selepas bergelut dengan persediaan untuk mencapai keserasian di antara pemain The Red Warriors (TRW), gergasi Pantai Timur itu kini bersedia untuk menghadapi ujian sebenar selain mengharapkan anak didiknya mampu meraih tiga mata di gelanggang sendiri.
Katanya, perlawanan pertama yang beraksi di gelanggang sendiri memberi sedikit kelebihan kepada anak didiknya untuk beraksi dengan penuh keyakinan apabila bakal mendapat sokongan penyokong.
“Mungkin saya sudah menemui 16 pemain terbaik, namun hanya 11 yang akan beraksi dan saya bersedia menurunkan mereka.
Perlawanan malam esok (ini) ujian sebenar kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi berkata, dia menuntut rakan lain mempamerkan semangat berpasukan untuk menjinakkan Sime Darby selain tidak boleh memandang mudah keupayaan lain.
“Seperti biasa, kunci kejayaan Kelantan bermain secara berpasukan dan jika prinsip ini dikekalkan, tidak mustahil untuk kita tewaskan pasukan lawan,” katanya.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets