Saturday, 18 January 2014

DRB-HICOM Mahu Cipta Kejutan

Shah Alam: DRB-HICOM FC umpama langkah kiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila memulakan aksi menentang LionsXII dalam pusingan pertama Piala FA di tempat lawan pada Selasa depan.

Namun ia tidak melemahkan semangat skuad kendalian G Torairaju yang mahu mencipta kejutan pada perlawanan itu untuk dijadikan pembakar semangat bagi barisan pemainnya.  
“Sudah pasti lawan memiliki pemain terbaik (bawah 23 tahun) di negara itu namun kita akan melakar sesuatu jika beraksi dengan baik kerana kami menyasarkan sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala FA. 

“Bagaimanapun sasaran utama sentiasa untuk menamatkan saingan Liga Perdana dalam kelompok empat tempat teratas sekali gus melangkah ke Piala Malaysia secara automatik. Jika ia mampu direalisasikan, pencapaian itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang hebat,” katanya selepas majlis memperkenalkan pemain kelab berkenaan yang dulunya dikenali Pos Malaysia FC.

Menurut Torairaju yang sudah membimbing skuad berkenaan sejak 2012, seramai 12 pemain musim lalu dikekalkan dengan tiga pemain import memperkuatkan cabaran musim ini membabitkan dua pemain dari Nigeria, Ogunboye Iyanul Ezekiel (penyerang) dan Atapa Kazeem Adeolu (pemain tengah) serta seorang lagi pemain tengah dari Jepun, Hattori Shotaro.
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets