Tuesday, 21 January 2014

Enggan Putus Asa

London: Pengurus Manchester United, David Moyes tidak akan berputus asa di sebalik menyaksikan pasukannya sudah tercicir 14 mata pada saingan Liga Perdana Inggeris selepas kecundang di tangan Chelsea.

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho berasakan harapan United untuk mempertahankan kejuaraan sudah berakhir selepas Samuel Eto’o meledak hatrik ketika membantu kelab London itu menang 3-1, namun Moyes percaya anak buahnya akan terus cuba mempertahankan kejuaraan.

“Kami tidak akan berputus asa selagi ia belum berakhir.
“Tugas kami adalah untuk terus mencuba dan menamatkan saingan di tempat pertama. Tiada jawapan lain selain daripada terus berusaha dan mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya.

“Saya rasa sebelum perlawanan ini, kami berjaya melakukannya dengan hanya tewas satu daripada enam perlawanan liga.

“Saya tidak rasa banyak perbezaan ketara dalam pasukan ini. Perbezaannya ialah dua set-piece dan itu saja,” kata Moyes yang sekadar menyaksikan gol tunggal daripada Javier Hernandez.
Moyes berkata, beliau tidak berasa tertekan meskipun pasukannya melalui detik sukar ketika ini.

Ditanya tahap keyakinannya ketika ini, bekas pengurus Everton itu berkata: “Memang ia tugas yang sukar tapi saya akan terus tabah dan melakukan apa yang sepatutnya.
“Saya rasa kami berjaya meraih beberapa perkara positif pada perlawanan ini.

“Saya juga percaya akan ada beberapa perubahan sepanjang kami mengharungi saingan musim ini.

“Ia satu cabaran yang besar. Saya jangkakan berada di kedudukan selesa tapi sebaliknya sukar. Saya akan menyahut cabaran ini sebaik mungkin,” jelasnya. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets