Tuesday, 21 January 2014

' Harapan Kejuaraan United Berkecai '

London: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menegaskan pemburuan Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sudah berkubur selepas pasukannya menang 3-1 ke atas juara bertahan itu yang ketika ini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga Arsenal.

Samuel Eto’o mencipta hatrik pertamanya buat Chelsea untuk mengurangkan jurang kepada hanya dua mata berbanding Arsenal dan dengan United umpama sudah hilang arah, Mourinho berkata, adalah hampir mustahil lawan mereka itu mampu mengekalkan kejuaraan musim ini.

“Sukar. Mereka ketinggalan 14 mata di belakang Arsenal, 13 mata di belakang Manchester City dan 12 mata di belakang kami.
“Mungkin salah satu kelab akan merudum tapi untuk menyaksikan tiga pasukan teratas ini tergelincir daripada liga adalah sangat sukar. Saya rasa lebih baik mereka memikirkan cara untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat keempat.

“Mereka mampu melakukannya dengan tradisi juara yang ada pada mereka dan harap dapat mencatat kemenangan ke atas lawan lain kerana kini kami tidak bertemu mereka lagi pada saingan liga,” katanya.

Eto’o meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-17. Penyerang Cameroon itu kemudian meledak gol kedua sebelum tamat babak pertama sebelum melengkapkan hatrik pada babak kedua.
Kapten United Nemanja Vidic dibuang padang kerana terjahan keras ke atas Eden Hazard sementara Rafael da Silva bernasib baik kerana sekadar dilayangkan kad kuning kerana mengasari Gary Cahill. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets