Liverpool: Brendan Rodgers mengakui tidak kisah anak buahnya beraksi teruk untuk menang apabila Liverpool kembali berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana hasil kemenangan tipis 2-0 ke atas Hull City.
Skuad kendalian Rodgers itu memungut tiga mata penuh meskipun gagal beraksi cemerlang selepas Daniel Agger menanduk masuk gol pada babak pertama sebelum Luis Suarez menambah jaringan hasil sepakan percuma menarik selepas rehat.
Kemenangan itu membolehkan Reds kembali berada dalam kedudukan kelayakan Liga Juara-Juara menyingkirkan musuh Merseyside Everton.
Ia bukan persembahan terbaik Liverpool musim ini bagaimanapun selepas dua kekalahan berturut-turut Manchester City dan Chelsea pada tempoh sambutan Krismas lalu, pengurus Reds, Rodgers ternyata gembira melihat pasukannya kembali ke landasan kemenangan.
“Saya sudah memaklumkan kepada pemain-pemain bahawa saya fikir inilah kemenangan terbaik kami musim ini,” katanya. - AFP