Friday, 3 January 2014

Semangat Gunner

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger percaya pasukannya membuktikan mereka mempunyai kekuatan dan semangat untuk menamatkan penantian kejuaraan Liga Perdana.
Kali terakhir Arsenal memenangi trofi pada sembilan tahun lalu dan 10 tahun sejak mereka memenangi gelaran liga namun kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City pada hari Tahun Baru mengesahkan kemampuan mereka mencabar kejuaraan.

Ketika Manchester City dan Chelsea terus memberi ancaman, Arsenal terus menafikan jangkaan bahawa mereka bakal tercicir.

Dalam aksi menentang Cardiff, mereka menjaringkan gol menerusi pemain simpanan Nicklas Bendtner dan Theo Walcott di penghujung permainan untuk memastikan mereka terus berada di puncak liga.

Melihat kepada situasi itu pada awalnya, Arsenal mungkin akan kalah atau seri tapi terbukti kali ini ia pasukan yang berbeza.

“Semangat berpasukan amat tinggi dalam pasukan ini,” kata Wenger.
“Pemain-pemain masuk ke padang dengan sikap positif dan itulah yang memberikan perbezaan. Anda tahu bahawa jika anda tidak mempunyai kualiti itu dalam saingan kejuaraan ini, anda tidak ada peluang memenanginya. Kami mempunyai kualiti itu dalam pasukan ini. Kami perlu menjaga semangat ini dan mempamerkannya pada setiap perlawanan.” Bendtner menjadi wira menentang Cardiff apabila memecahkan kebuntuan ketika perlawanan berbaki dua minit.

Jika sebelum ini dia diejek oleh penyokong Arsenal, penyerang Denmark itu mula memenangi hati penyokong itu semula dan menafikan segala kritikan selepas dua musim dipinjamkan ke kelab lain.
Bagaimanapun Wenger mendedahkan Bendtner mengalami kecederaan buku lali dan dijangka terpaksa berehat selama beberapa minggu. - AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets