Friday, 3 January 2014

Oscar Sengaja Jatuh Badan : Mourinho

Southampton: Jose Mourinho mendedahkan Oscar mengakui sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan penalti dan berharap penjaga gol Southampton Kelvin Davis dibuang padang ketika Chelsea mencatatkan kemenangan 3-0 di St Mary.
Pemain tengah Brazil itu hanya berada di atas padang untuk beberapa saat selepas menggantikan Juan Mata apabila dia dilayangkan kad kuning kerana sandiwaranya itu dan pengurus Blues, Mourinho dengan jelas menyatakan pengadil Martin Atkinson membuat keputusan tepat.

Oscar kemudian membuka ruang buat Fernando Torres meledak jaringan pertama Chelsea dan menjaringkan gol ketiga untuk dirinya sendiri selepas rakan senegaranya, Willian menjadikan kedudukan 2-0.

Ditanya mengenai tindakan sengaja menjatuhkan badan yang dilakukan Oscar, Mourinho berkata: “Ia adalah kad kuning yang adil. Saya juga tidak menyukainya namun saya turut menerima penjelasannya.

“Dia berkata kepada saya; 'apabila saya melihat penjaga gol menerpa saya hanya berfikir tentang penalti, kad merah, selamat tinggal dan penjaga gol - dia berusia 35 atau 36 tahun (Davis berusia 37 tahun) dengan pengalaman luas - merasakan saya akan berhenti mara ke depan'.

“Oscar mendapati dirinya berada dalam situasi yang sukar dan kita bercakap mengenai tentang sesuatu yang berlaku dalam tempoh yang singkat - di mana dia berfikir mengenai sentuhan, penalti, kad merah dan sudah pasti tiada kekasaran berlaku.
“Oscar adalah pemain yang tidak bersalah menunggu penjaga gol untuk menerpa dan menjatuhkannya kerana ia adalah perkara yang biasa berlaku dalam keadaan itu.” Mourinho dengan pantas memuji Oscar kerana corak permainannya apabila pemain Brazil itu membolehkan Chelsea mengawal permainan selepas mereka menghadapi kesukaran sebelum pemain gantian itu dimasukkan pada minit ke-53.

“Oscar dan Willian mengubah perlawanan,” kata Mourinho. “Mereka hadir dan memberikan intensiti yang berbeza kepada perlawanan. Kami menjaringkan gol dan selepas itu lebih mendominasi.
“Kami menamatkan saingan dengan selesa dan berhak meraih kemenangan itu.” -AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets