Friday, 3 January 2014

Jelmaan Kerbau Ganas

Madrid: Lionel Messi pasti akan ‘mengamuk’ apabila kembali beraksi selepas dua bulan berehat akibat kecederaan paha, demikian jangkaan rakan sepasukannya di Barcelona Cesc Fabregas menjelang perlawanan La Liga bertemu Elche, Ahad ini.
Messi kembali semula ke kelab Catalan itu dari Argentina kelmarin dan menyertai Fabregas serta barisan pemain lain di bawah bimbingan Gerardo Martino pada sesi latihan.

Martino pasti tidak mahu terburu-buru untuk menggunakan khidmat Pemain Terbaik Dunia itu, sebaliknya mungkin akan memberi sedikit peluang kepada rakan senegaranya itu beraksi ketika bertemu Elche di Nou Camp.

Messi juga mungkin akan diturunkan pada pusingan kedua saingan Piala Raja-Raja, Rabu ini bertemu Getafe di tempat sendiri sekali gus dapat cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan seteru utama Atletico Madrid pada 11 Januari ini di saingan La Liga.

“Dia masih perlu berehat kerana baru saja pulih daripada kecederaan yang serius dan tiada pilihan lain selain tidak perlu turun beraksi.

“Messi mengalami empat hingga lima kecederaan berturut-turut di bahagian paha.
“Dia perlu berehat tidak kira apa yang berlaku dan pastinya akan menjadi seperti kerbau yang ganas jika kembali semula beraksi.” kata Fabregas.

Barcelona kini berkongsi 46 mata bersama Atletico Mardid selepas mengharungi 17 daripada 38 perlawanan tetapi masih mendahului Atletico dengan perbezaan gol.
Real Madrid ketinggalan lima mata di tempat ketiga dan akan bertemu Celta Vigo pada Isnin ini.

Barcelona beraksi hambar ketika ketiadaan Messi apabila tewas kepada Ajax Amsterdam pada saingan Liga Juara-Juara dan Athletic Bilbao di saingan La Liga.

Bagaimanapun penyerang antarabangsa Brazil, Neymar beraksi cemerlang apabila meledak hatrik ketika bertemu Celtic dan menyumbang dua gol ketika menentang Villarreal.

Fabregas berkata, gol yang dijaringkan Neymar itu pasti akan meningkatkan keyakinan pemain berusia 21 tahun itu.

“Jaringan yang dilakukan oleh Neymar akan memberi lebih keyakinan kepadanya, terutama di dalam kotak penalti,” katanya. - Reuters
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets