Wednesday, 25 December 2013

3 Aksi Pemanas Sebelum Ke Brazil

Paris: Perancis akan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan di laman sendiri sebelum bertolak ke Brazil menghadapi pusingan akhir Piala Dunia 2014, demikian pengesahan dibuat negara itu.
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) berkata, Les Bleus akan beraksi di Stade de France pada 27 Mei, di Nice pada 1 Jun dan di Lille pada 8 June.
Nama lawan mereka bagaimanapun hanya akan didedahkan awal tahun 2014 nanti.
Skuad Didier Deschamps akan dikumpulkan pada 19 Mei iaitu untuk latihan pusat skuad kebangsaan di Clairefontaine berdekatan dengan Paris, untuk menentang lawan yang diundi sekumpulan dengan mereka dalam kumpulan E, iaitu Switzerland, Ecuador dan Honduras.
Perlawanan pembukaan mereka di Brazil, adalah menentang Honduras di selatan bandaraya Brazil, Porto Alegre pada 15 Jun.-APF
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets