Saturday, 28 December 2013

Mourinho Pertahan Ketumpulan Penyerang



London: Jose Mourinho sekali lagi terpaksa mempertahankan penyerangnya selepas Chelsea mensia-siakan banyak peluang ketika menang 1-0 ke atas Swansea.
Perancang tengah dari Belgium, Eden Hazard menjaringkan gol pada babak pertama yang membolehkan Chelsea terus mencabar pendahulu Liga Perdana di Stamford Bridge, kelmarin.
Namun Chelsea sekali lagi gagal bertindak cemerlang dengan Samuel Eto’o dua kali dinafikan penjaga gol Swansea, Gerhard Tremmel sekalipun mempunyai peluang keemasan menjaringkan gol.
Tiga penyerang Mourinho, Eto’o, Fernando Torres dan Demba Ba, hanya menjaringkan lima gol dalam 18 perlawanan Liga Perdana, namun pengurus Blues itu menegaskan sumbangan besar mereka membantu kemaraan pasukan setakat ini.
“Jika mereka menjaringkan 10 gol bukannya lima pada babak kedua musim, kami lebih berpeluang (untuk menang),” kata Mourinho.
“Mereka sering menyumbang sesuatu kepada pasukan.
Jika diturunkan, mereka akan menyumbang sesuatu.

Tiada gol kemenangan, tak mengapa.

Mereka tetap memberikan sumbangan.” Mourinho turut enggan mengkritik penyerang Cameroon, Eto’o, yang gagal menyumbat gol selepas berpeluang mengatasi Tremmel sebelum rehat dan sekali lagi apabila rembatan derasnya diselamatkan penjaga gol itu.
“Hari ini saya boleh katakan orang utama yang menyumbang kepada jumlah gol yang kecil adalah penjaga gol mereka kerana dia melakukan tiga atau empat tindakan penyelamat mengagumkan,” kata Mourinho.- AFP
Hmetro.com.my
Welcome to my blog
go to my homepage
Go to homepage
Back To TopBlogger Widgets