Southampton, (United Kingdom): Pengurus sementara Tottenham Hotspur Tim Sherwood berharap beliau diberikan tugas itu secara tetap selepas menyaksikan pasukannya meraih kemenangan 3-2 di Southampton dalam perlawanan pertama Liga Perdana kendaliannya.
Kemenangan di St Mary membolehkan Spurs kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah 5-0 di laman sendiri oleh Liverpool sehingga Andre Villas-Boas dipecat.
Kini Sherwood mahu mengadakan perbincangan dengan pengerusi kelab Daniel Levy mengenai masa depannya.
“Apa yang penting bagi saya adalah untuk mengadakan perbincangan dengan pengerusi dan melihat apa yang terbaik untuk kelab bola sepak ini maju ke depan,” katanya.
“Saya perlu tahu apa yang mereka fikirkan.
Saya tidak mahu tugas ini untuk tempoh lima minit.
Saya tidak mahu tugas ini untuk tempoh lima minit.
Saya tidak berminat.
Adakah kami mahu bergerak ke depan atau tidak? “Memang ada beberapa calon hebat untuk mengambil tugas ini.
Ia kelab yang hebat dengan sejarah dan tradisi tersendiri.
Bagaimanapun apa yang berlaku perlu memberi kebaikan untuk saya juga.
“Sesiapa saja yang mengambil tugas ini berada dalam kedudukan yang baik.
Andre meninggalkan kelab ini dalam kedudukan yang baik.
Tiada apa yang salah dengan tugas yang beliau lakukan.
Kami menduduki tangga teratas dalam saingan Liga Europa.
Andre meninggalkan kelab ini dalam kedudukan yang baik.
Tiada apa yang salah dengan tugas yang beliau lakukan.
Kami menduduki tangga teratas dalam saingan Liga Europa.
“Saya berharap seseorang akan membawa kelab ini melangkah ke peringkat seterusnya.” Sherwood memulakan langkah kanan menentang Southampton walaupun anak buahnya boleh mencatat kemenangan lebih meyakinkan selepas permulaan yang goyah.
Kunci kemenangan itu adalah keputusannya menurunkan Emmanuel Adebayor yang menjaringkan dua gol menentang Southampton biarpun penyerang Togo ini gagal mendapat tempat dalam skuad Villas-Boas.
“Kita semua kenal siapa Adebayor, kita semua tahu dia adalah pemain yang bagus,” kata Sherwood.
“Dia tidak memerlukan sebarang motivasi untuk bermain biarpun tidak beraksi dalam tempoh yang agak lama.
Saya tidak menyatakan apa-apa kepadanya.
Ia terpulang kepada dirinya.- AFP
Saya tidak menyatakan apa-apa kepadanya.
Ia terpulang kepada dirinya.- AFP
Hmetro.com.my