Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang
melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij yang menjadi dambaan dunia,
trofi Piala Dunia, yang akan dipamer di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 5
Januari ini.
Menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Kuala Lumpur
antara lokasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.
Trofi itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah, Subang pada 3 Januari dan ia diikuti pelbagai aktiviti yang diatur oleh
Coca-Cola, selaku rakan kongsi korporat FIFA.
Ketika ini trofi itu berada di Myanmar dan akan ke Thailand hari ini dan berada di sana selama tiga hari sebelum ke Vietnam (31 Disember hingga 2 Januari)
Ketika ini trofi itu berada di Myanmar dan akan ke Thailand hari ini dan berada di sana selama tiga hari sebelum ke Vietnam (31 Disember hingga 2 Januari)
Kembara trofi itu bermula dari Rio de Janeiro, Brazil, atau
secara tepatnya dari lokasi patung Christ the Redeemer, monumen terkenal di
bandar raya itu pada 12 September lalu.
Jelajahnya meliputi 88 negara dan wilayah, dengan jarak perjalanan keseluruhan kira-kira 150,000 kilometer dalam tempoh 267 hari sebelum kembali ke Brazil yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Dunia 2014. - BERNAMA
Hmetro.com.my