Kelana Jaya: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) menafikan mereka tidak memberi cukup masa untuk lapan pegawai
dan pemain Kuala Lumpur memfailkan pembelaan sehingga mereka dijatuhkan hukuman
gantung seumur hidup atas kesalahan rasuah dan mengatur perlawanan pada 20
Disember lalu.
Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Taufek Abd Razak berkata, FAM
sudah menyerahkan surat pertuduhan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak
Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa untuk dimaklumkan kepada semua tertuduh
bagi membuat pembelaan dalam masa tujuh hari.
“Kita memanggil Nokman untuk menerima kertas pertuduhan itu
kerana kertas pertuduhan tidak dialamatkan kepada tertuduh sebaliknya kepada
setiausaha bola sepak negeri atau kelab.
Tidak timbul masalah (lewat terima surat) kerana kita sudah
serahkan surat kepada setiausaha pasukan terbabit secara peribadi, tinggal lagi
sama ada setiausaha yang lambat memaklumkan kepada pihak tertuduh dan itu bukan
masalah di peringkat FAM.
Mengikut peraturan kita memberikan tempoh seminggu kepada tertuduh untuk membuat pembelaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM semalam.
Mengikut peraturan kita memberikan tempoh seminggu kepada tertuduh untuk membuat pembelaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM semalam.
Taufek
berkata demikian berikutan timbul dakwaan lapan pegawai dan pemain Kuala Lumpur
termasuk jurulatih dari Slovakia Stanislav Lieskovsky yang digantung seumur
hidup dan denda RM20,000 tidak mempunyai cukup masa untuk mengemukakan
pembelaan kepada jawatankuasa itu.
Selain
Lieskovsky, turut menerima hukuman berat atas kesalahan rasuah dan mengatur
perlawanan adalah penolong pengurus Rosdi Omar, Shaari Jani (pegawai), Jeremy
Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhulah Yunsifar dan Phoo Kai Lun
(pemain).
Sementara
itu nasib tujuh lagi pemain skuad Liga Perdana Kuala Lumpur itu yang didakwa
atas kesalahan yang sama bakal diketahui pada 7 Januari selepas jawatankuasa
itu hanya sempat membicarakan dua kes saja membabitkan penjaga gol Azizon Abd
Khadir dan pemain pertahanan kiri Benedict Martin yang memakan masa empat jam.
Baki
lima lagi kes membabitkan Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J Mughilan Kartik,
Muhammad Azwan Jatin, S Sivaraj dan Mohammad Amirul Asraf Mohd Nor bakal
dibicarakan pada 3 dan 7 Januari.
Hmetro.com.my